120 Peserta Hangatkan Edisi Pertama Borneo Fittest 2021

on
Categories: News & Media

 

KUCHING: Buat julung kalinya, Persatuan Kecergasan Kuching (KFA) telah menganjurkan pertandingan kecergasan, Borneo Fittest 2021 yang berlangsung dengan jayanya pada 8 dan 9 Januari 2022.

Pertandingan selama dua hari itu dirasmikan oleh Menteri Muda Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan bertempat di Damai Sentral dan turut disokong Pelancongan Sarawak.

Ia berjaya menarik seramai 120 peserta dengan mempertandingkan enam kategori iaitu Scale Lelaki dan Wanita, Terbuka Lelaki dan Wanita, Berpasukan Lelaki dan Wanita.

Berakhir saingan, Nathan Ong muncul johan kategori Scale Lelaki, disusuli Rayner Chee di tempat kedua dan Heng Feng Siau tempat ketiga.

Dalam kategori Scale Wanita, johan milik Yee Lin Seah, Hanum Jumastapha tempat kedua dan Samantha Mah di tempat ketiga.

Kategori Terbuka Lelaki pula diungguli Thomas George, Zhang Yu Seah dan Victor Lo di tempat kedua dan ketiga.

Manakala Shamala Jeanne Chandran terbaik dalam kategori Terbuka Wanita dengan Intan Kahar dan Mina Chong menyandang tempat kedua dan ketiga.

Saingan kategori Berpasukan Lelaki paling mencuri tumpuan apabila Team SHAP dinobatkan johan manakala tempat kedua bersama dikongsi The Minions dan Akinabalu.

Team Mighty SHAP pula ceria memenangi kategori Terbuka Wanita sambil Dogo KK di tempat kedua dan Hakuna Masquata tempat ketiga.

Kesemua pemenang untuk setiap kategori merangkul wang tunai berjumlah RM5000.

Menurut Penganjur Borneo Fittest 2021, Gordon Chung dari Persatuan Kecergasan Kuching, pihaknya sangat gembira dan tidak menjangka pertandingan itu mendapat sambutan menggalakkan dari peserta seluruh Malaysia.

“Kita menerima banyak penyertaan dari Sabah, Pulau Pinang, Selangor dan termasuk dari luar Kuching seperti Bintulu dan Miri.

“Kita ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) atas sokongan terhadap pertandingan ini.

“Sudah tentu harapan kita mahu melihat pertandingan Borneo Fittest terus berkembang dan menjadi salah satu acara kecergasan terbesar di rantau ini dan akan menganjurkannya di seluruh Sarawak,” katanya ketika ditemui selepas pertandingan berakhir.

 

DAY 1

 

DAY 2

0