Penganjuran Spartan Race 2021 ambil kira situasi semasa COVID-19

on
Categories: News & Media

ASAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan Sarawak merancang untuk menganjurkan sukan lasak ‘Spartan Race’ di beberapa lokasi termasuk di Kuching dan Bintulu pada tahun ini.

Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, bagaimanapun penganjuran sukan lasak tersebut masih bergantung kepada keadaan semasa penularan wabak COVID-19.

Menurutnya, Sarawak buat pertama kali menganjurkan sukan tersebut pada tahun 2019 dan ia mampu menjadi platform untuk mencari bakat baharu bagi mewakili negeri ke peringkat antarabangsa.

“Pihak kementerian akan mengetengahkan sukan lasak ini (Spartan Race) bagi menarik minat khususnya golongan belia.

“Kita percaya penganjuran semula acara sukan itu akan membantu meningkatkan sektor pelancongan menerusi kedatangan peserta dari luar negara,” katanya semasa Majlis Penutupan Karnival Sukan Pencarian Bakat Baharu 2021 di Kompleks Sukan Asajaya di Asajaya pada Sabtu.

Turut hadir, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sarawak, Nancy Dolhi dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak, Dr Ong Kong Swee.

Sementara itu, mengulas mengenai tragedi di Pengkalan Feri Triso, beliau menasihatkan agar pengguna perkhidmatan feri untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

0